Dunia Politik Subky Abdul Latif

Dalam arena politik, Subky Abdul Latif pernah menjadi Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat 1983 hingga 2005. Beliau memegang jawatan Ketua Penerangan PAS Pusat bermula tahun 1988[8]. Beliau pernah juga menjawat jawatan Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan (2007) dan Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat. Kini beliau merupakan Pengerusi Sidang As-Sabiqun PAS, platform yang menghimpunkan veteran parti Islam tersebut.[1]

Pilihan Raya

Subky Abdul Latif pernah menjadi calon PAS bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Pelabuhan Kelang 1979 menentang calon MIC, DAP dan Bebas. Pilihan raya tersebut diadakan berikutan kematian Tan Sri V. Manikavasagam. Walau bagaimanapun, beliau tewas. Sebaik sahaja kalah, beliau telah menulis buku Anak Jawa Pelabuhan KelangĀ : Analisa Awal Pilihanraya Kecil.[9] Selain itu, beliau turut bertanding dalam siri pilihan raya umum Malaysia bagi tahun 1982, 1986, 1990, 1995 dan 1999.

Kerusi Pilihan Raya yang ditandingi Subky Abdul Latif
TahunKerusiIndividuUndiCatatanCalon LainUndiCatatanMajoriti
1979Parlimen Pelabuhan Kelang, SelangorSubky Abdul Latif (PAS)7,525KalahV. Govindaraj (BN-MIC)17,219Menang9,442
K. Ramasen (DAP)7,777Kalah
Abdul Hanif Abdul Manaf (Bebas)114Hilang Deposit
Mani Nagaindra Valliappan (Bebas)83Hilang Deposit
Mohan Lal (Bebas)43Hilang Deposit
Hari Devan Mookhen (Bebas)22Hilang Deposit
1982Parlimen Kemaman, TerengganuSubky Abdul Latif (PAS)9,950KalahIsmail @ Mansor bin Said (BN-UMNO)16,582Menang6,632
1986Parlimen Parit Buntar, PerakSubky Abdul Latif (PAS)9,846KalahAbdul Rahman Sulaiman (BN-UMNO)11,029Menang1,183
Lim Yan Chiow (DAP)5,011Kalah
1990Parlimen Jerai, KedahSubky Abdul Latif (PAS)11,121KalahGhazali Ahmad (BN-UMNO)15,723Menang4,602
1995Parlimen Parit, PerakSubky Abdul Latif (PAS)6,634KalahAinon Khariyah Mohd Abas (BN-UMNO)14,207Menang7,573
1999Parlimen Kubang Pasu, KedahSubky Abdul Latif (PAS)12,261KalahDr. Mahathir bin Mohamad (BN-UMNO)22,399Menang10,138

Rujukan

WikiPedia: Subky Abdul Latif http://chedinsphere.blogspot.com/2011/08/haji-subk... http://subkylatif.blogspot.com/ http://bukuonline2u.com/mens-sana-in-corpore-sano-... http://arkib.harakahdaily.net/arkibharakah/index.p... http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=co... https://text-id.123dok.com/document/oz1e7nvy-kajia... https://www.facebook.com/paspusat/posts/hari-ini-d... https://www.goodreads.com/author/show/5347819.Subk... https://www.malaymail.com/a/131/abdul-subky-latif https://www.malaysiakini.com/a?language=my&q=Subky...